MELAKA 19 Sept. – Yayasan Melaka hari ini memaklumkan berlaku kesilapan teknikal pada iklan pengambilan jawatan akauntan gred WA41 di agensi itu yang disiarkan semalam sehingga tular dalam laman sosial. Menurut Pengurus Besarnya, Ahamad Kamel Ismail, berlaku kesilapan paparan teks pada iklan berkenaan berkaitan kelayakan pemohon jawatan tersebut dan yayasan itu tidak bermaksud keutamaan diberikan kepada bukan bumiputera sebagaimana yang tertera. “Iklan itu disiarkan sejak petang semalam namun setelah Yayasan…










