LONDON 28 Sept. – Memenangi undi selaku kapten Arsenal bermakna Granit Xhaka bakal memikul tanggungjawab besar di atas padang terutama untuk memikat semula hati penyokong The Gunners terhadapnya. Pemain tengah Switzerland itu diundi sebagai kapten Arsenal pada awal pagi tadi mengatasi Pierre-Emerick Aubameyang, Hector Bellerin, Alexandre Lacazette dan Mesut Ozil. Pengurus Arsenal, Unai Emery berkata, Xhaka kini harus lebih berhati-hati dalam masa sama tidak mengulangi kesilapan besar seperti melepaskan satu…










