TEGUCIGALPA 1 Sept. – Seorang wartawan sebuah stesyen televisyen ditembak mati di bandar Copan, kira-kira 200 kilometer dari barat laut Honduras, di sini semalam. Kematian Edgar Joel Aguilar, koresponden TV HCH merupakan kejadian ke-79 melibatkan pengamal media di Amerika Tengah sejak 2001. AFP yang memetik Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, Roberto Herrera Caceres sebagai berkata, mangsa sebelum ditembak mati dilaporkan menerima beberapa ugutan jenayah daripada individu tidak dikenali. “Ia adalah satu…










