SEPANG 20 Sept.- Seorang penolong pengurus kilang elektronik didenda RM420,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas pertuduhan membenarkan 84 orang imigran haram di premisnya pada tahun lalu. Tertuduh, Low Poh Sek, 40, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Saifulakmal Mod. Said. Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara 24 bulan jika dia gagal membayar denda tersebut. Wanita berkenaan didakwa dengan sengaja membenarkan semua warga asing itu…










