Permintaan elektrik naik 7% pada suku pertama

Permintaan elektrik naik 7% pada suku pertama

TENAGA Nasional Berhad. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permintaan elektrik di negara ini meningkat tujuh peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2026, dipacu pertumbuhan kukuh segmen komersial termasuk pusat data serta penggunaan lebih tinggi dalam kalangan pengguna domestik.

Penganalisis CGS International, Dharmini Thuraisingam berkata, pertumbuhan permintaan elektrik pada suku tersebut didorong terutamanya oleh segmen komersial yang meningkat 13 peratus, selain pelanggan domestik yang berkembang 9.7 peratus tahun ke tahun.

“Selepas peningkatan ketara pada 2025, kadar perbelanjaan modal (capex) terkawal perlahan kepada RM2.5 bilion pada suku pertama, turun 12 peratus tahun ke tahun, dipercayai sebahagiannya disebabkan bilangan hari bekerja lebih sedikit susulan pertindihan musim perayaan sepanjang suku tersebut.

“Campuran penjanaan elektrik sepanjang suku berkenaan kekal didominasi arang batu (54 peratus), diikuti gas (39 peratus), manakala baki (tujuh peratus) terdiri terutamanya daripada hidro dan solar,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dharmini berkata, Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan prestasi operasi lebih baik pada suku pertam 2026 apabila keuntungan sebelum faedah dan cukai (EBIT) meningkat 10 peratus suku ke suku, disokong prestasi lebih kukuh daripada perniagaan penjanaan elektrik (GenCo) serta normalisasi kos operasi bukan bahan api.

Namun, keuntungan bersih teras susut 14 peratus suku ke suku berikutan cukai lebih tinggi pada suku tersebut.

Secara tahunan, keuntungan bersih teras TNB meningkat lima peratus, didorong pendapatan GenCo yang lebih baik dan sumbangan lebih tinggi daripada segmen penghantaran dan pengagihan susulan asas aset terkawal (RAB) yang lebih besar sebanyak RM76.9 bilion.

Belia berkata, GenCo merekodkan peningkatan ketara dalam keuntungan bersih kepada RM334 juta pada suku pertama berbanding RM189 juta pada suku sebelumnya.

“Kami mengekalkan saranan ‘tambah’ terhadap saham TNB dengan harga sasaran (TP) berasaskan tidak berubah pada RM16.60 sesaham. 

“Kami terus melihat syarikat itu sebagai pemacu utama dan penerima manfaat terbesar daripada pengembangan sektor tenaga Malaysia yang semakin pesat, satu naratif pertumbuhan struktur yang didorong peningkatan permintaan tenaga dan kitaran pelaburan baharu berbilang tahun.

“Risiko penurunan utama termasuk kos operasi yang lebih tinggi daripada jangkaan, turun naik harga bahan api dan perubahan kawal selia yang tidak memihak,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN