LUMUT 24 Sept.- Seorang wanita cedera parah selepas rumahnya dihempap sebatang pokok kelapa akibat ribut di Kampung Sungai Batu, Pantai Remis di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 6.15 petang itu, mangsa berusia 50-an berada di anjung rumah bersama suaminya yang lumpuh. Difahamkan, mangsa cedera parah pada bahagian kepala selepas ditimpa pelepah kelapa manakala suaminya tidak cedera dan hanya terkena hujung pelepah kelapa. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat…










