Jemaah haji mula bergerak ke Arafah

Jemaah haji mula bergerak ke Arafah

JEMAAH haji Malaysia mula bergerak dengan menaiki bas menuju ke Arafah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Pergerakan jutaan jemaah haji ke Padang Arafah bagi melaksanakan rukun terpenting ibadah haji, wukuf bermula secara berperingkat hari ini dalam suasana penuh tertib dan lancar.

Jemaah dari seluruh dunia mula meninggalkan penginapan masing-masing di Mekah seawal pagi dengan menaiki bas yang disediakan pihak berkuasa Arab Saudi menuju ke Arafah yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Masjidil Haram.

Bagi jemaah haji Malaysia, pergerakan dikendalikan secara sistematik oleh Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi jadual perjalanan yang disusun bagi memastikan kelancaran perjalanan dan keselamatan semua jemaah.

Pelepasan dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Wukuf di Arafah yang berlangsung pada 9 Zulhijjah merupakan rukun utama ibadah haji. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN