LONDON 4 Sept. – Bek kanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka disingkirkan daripada senarai skuad Engalnd untuk berdepan Bulgaria dan Kosovo dalam aksi kelayakan Euro 2020 minggu depan susulan mengalami kecederaan belakang. Pemain berusia 21 tahun itu terdahulu berpeluang untuk membuat kemunculan sulung dalam aksi antarabangsa bersama skuad senior selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan biarpun baharu membuat empat penampilan sejak menyertai Manchester United dari Crystal Palace. “Aaron Wan-Bissaka terpaksa diketepikan daripada skuad…










