BENTONG 27 Sept. – Tembok penjara bukan menjadi penghalang kepada seorang pemuda untuk menghafal al-Quran apabila dia muncul satu-satunya penghuni Penjara Bentong di sini yang menghafal 30 juzuk kitab suci berkenaan. Pemuda berusia 28 tahun yang berasal dari Jengka dekat sini itu berkata, sejak dimasukkan ke penjara berkenaan pada tahun lalu, dia memanfaatkan masa menghafal al-Quran setiap hari selepas solat fardu. “Di sini memang ada banyak masa untuk saya menghafal…










