PUTRAJAYA – Pekerja dan pelanggan di restoran Nasi Lemak Royale Kedah di sini dikejutkan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli bersantap pagi di restoran itu hari ini. Seri Paduka berangkat tiba di premis berkenaan pada kira-kira pukul 10.20 pagi dan menikmati hidangan ringkas roti canai bersama pegawai pengiring dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim. Sultan Abdullah turut berkenan membayar…










