Mek Kembang Cotton merupakan antara jenama yang dikenali dalam kalangan pencinta baju kurung kain kapas. Sejak enam tahun lalu di Kuantan, Pahang, pemilik jenama itu yang terkenal dengan rekaan busana tradisional, Alia Najihah Alias berjaya menambat hati pencinta fesyen. Revolusi dalam fesyen menjadikan Alia Najihah sentiasa peka dengan permintaan baharu, bukan sahaja berkaitan rekaan baju kurung moden, kebarung atau kebaya, tetapi juga menghasilkan blaus yang dipadankan dengan skirt atau seluar…










