JERANTUT – Para usahawan Melayu perlu manfaatkan Kempen Beli Produk Muslim untuk melonjakkan jualan produk di pasaran tempatan. Kempen yang sedang rancak berlangsung itu digunakan sebaik mungkin ketika umat Islam kini mengutamakan produk keluaran Muslim. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, usahawan bumiputera terutama orang Melayu perlu memperkenalkan produk keluaran mereka agar menjadi pilihan masyarakat. “Sekarang ini merupakan masa yang…










