KUANTAN 28 Sept. – Universiti Tenaga Nasional (Uniten) hari ini mengesahkan akan melaksanakan Operasi Kampus Berpusat menerusi penggabungan dua kampusnya di Rompin, dekat sini dan Putrajaya. Menurut kenyataan media Pejabat Naib Canselor Uniten, pelaksanaan operasi baharu itu bakal menyaksikan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin dan Kampus Putrajaya disatukan sebagai satu entiti di Putrajaya. “Lembaga Pengarah Uniten yang bersidang pada 24 Sept lalu telah meluluskan inisiatif…










