Ribut petir landa Sabah dan beberapa kawasan perairan, ombak mencecah 3.5 meter

Ribut petir landa Sabah dan beberapa kawasan perairan, ombak mencecah 3.5 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah dan perairan negara sehingga pukul 3 petang.

Menurut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara kawasan terkesan di Sabah adalah Tawau dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) serta Sabah Timur dan Lahad Datu.

Katanya, bagi kawasan di Semenanjung pula ribut petir turut dijangka melanda kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor sehingga pukul 5 petang.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, sekaligus berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Bagi sektor perkapalan pula, ribut petir dan hujan lebat turut dijangka di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka, selatan Tioman, Laut Sulu dan Sulawesi dalam tempoh sama.

MetMalaysia menasihatkan komuniti maritim supaya lebih berwaspada berikutan keadaan laut yang bergelora dan berisiko tinggi kepada keselamatan pelayaran kecil.

Orang ramai serta pengusaha bot dan nelayan dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan cuaca semasa melalui saluran rasmi MetMalaysia bagi mengelakkan sebarang risiko. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×