GUA MUSANG – Kebanyakan peniaga di negeri ini tidak mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana mahukan Bantuan Sara Hidup (BSH). Hal ini kerana mereka beranggapan akan terlepas mendapat bantuan berkenaan jika mereka mendaftar perniagaan yang dijalankan. Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kelantan, Anuar Mat Zain berkata, perkara itu juga dikesan terhadap peserta yang mengikuti kursus keusahawanan anjuran Kemas. Katanya, pihaknya mengambil inisiatif melakukan pendaftaran SSM…










