PETALING JAYA 26 Sept. – Syarikat yang telah diberikan insentif cukai di masa lepas tetapi gagal berkembang maju tidak lagi akan diberikan layanan sama sekiranya mereka terus beroperasi dengan cara yang sama di masa depan. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pembaharuan Cukai (TRC). “Terdapat cadangan dikemukakan pada waktu kami menubuhkan jawatankuasa (pembaharuan cukai) yang mungkin melibatkan insentif cukai ditawarkan…










