KOTA BHARU 20 Sept. – Masih terlalu awal untuk Pas membentuk kerajaan campuran dengan UMNO biarpun kedua-dua parti tersebut telah menandatangani Piagam Muafakat Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September lalu . Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, piagam tersebut hanya untuk mengesahkan ‘ta’awun’ di antara kedua-dua parti itu namun bukan membentuk pakatan politik, ‘tahaluf’. Beliau berkata, Muafakat Nasional adalah garis panduan dalam menjalinkan…










