KUALA TERENGGANU, 3 Sept. – Kerajaan Negeri sedang merangka satu garis panduan pemakaian patuh syariah bagi atlet. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, garis panduan itu bukan sahaja melibatkan aspek pemakaian tetapi perkara lain seperti pergaulan. Kerajaan negeri sedang mengambil kira pandangan semua pihak termasuk persatuan sukan, ahli akademik dan mufti negeri berhubung perkara itu dan tidak mahu terburu-buru melaksanakannya. “Apabila…










