Marquez laung kebangkitan di Jerez

Marquez laung kebangkitan di Jerez

Marc Marquez
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEREZ: Pelumba Sepanyol, Marc Marquez mengakui telah memanfaatkan sepenuhnya tempoh rehat panjang susulan penangguhan perlumbaan di Qatar bagi mempercepatkan proses pemulihannya menjelang Grand Prix (GP) Jerez, Ahad ini.

Menurut juara dunia lapan kali itu, tempoh tiga minggu tanpa perlumbaan memberi ruang terbaik untuk dia kembali berada pada tahap kecergasan optimum, sekali gus meningkatkan keyakinan menghadapi perlumbaan pertama di Eropah musim ini.

“Tempoh rehat tiga minggu yang saya manfaatkan sepenuhnya untuk pulih bagi perlumbaan pertama di Eropah musim ini dan GP pertama di laman sendiri yang semakin hampir.

“Saya gembira, Jerez adalah litar yang saya suka, bersejarah, lengkap dan akan dipenuhi ramai peminat.

“Memenangi perlumbaan pecut di sini tahun lalu adalah sesuatu yang istimewa, satu perasaan yang unik. Saya tidak sabar untuk kembali bekerja,” katanya yang kali terakhir memenangi GP Jerez pada 2019.

Ketika ini, Marquez berada di kedudukan kelima keseluruhan kejuaraan dunia dan masih memburu podium pertamanya dalam perlumbaan GP musim ini. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN