KUALA LUMPUR – Proton telah menerima tempahan sangat menggalakkan terhadap Saga 2019 yang dilancarkan pada 6 Ogos lalu, dengan mencatat lebih daripada 10,000 unit. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Li Chunrong berkata, lebih 1,000 daripada tempahan tersebut diterima melalui platform online yang mana pelanggan boleh menempah model tersebut hanya dengan RM9.99. “Oleh kerana model ini mendapat penerimaan luar biasa, syarikat melanjutkan tempoh tempahan secara online sehingga 17 September ini,” katanya dalam…










