ANTARA faktor Allahyarham Datuk Dr. Farid Md. Rafik, 43, menang di Tanjung Piai adalah kerana beliau anak tempatan. Anak kepada wanita UMNO itu dikenali di Tanjung Piai sebelum masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Pesaing Bersatu iaitu UMNO/Barisan Nasional (BN) barangkali boleh menggunakan faktor calon tersebut untuk diketengahkan. Berdasarkan statistik, pengundi Melayu mempunyai majoriti terbesar di situ sebanyak 56.80%. Menjadi kebiasaan jika pengundi Melayu adalah majoriti, maka calon yang…










