Badan Perhubungan UMNO Selangor menyambut baik dan bersyukur dengan keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam yang diumumkan oleh Koroner Rofiah Muhammad, yang memutuskan punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, adalah perbuatan jenayah iaitu dipukul dan diserang oleh pihak ketiga. Tahniah dan penghargaan juga kepada Syazlin Mansor dan barisan peguam keluarga Allahyarham Muhammad Adib yang memperjuangkan kebenaran ini. Maka Badan Perhubungan UMNO selangor mendesak: Peguam Negara, Tan Sri…










