TAPAH 3 Sept. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyorkan hukuman sebatan mandatori dikenakan terhadap pemburu haram, penjual dan penyeludup hidupan liar. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan menguat kuasakan kira-kira 12 undang-undang sedia ada berhubung hidupan liar, hutan dan hidupan di laut. Menurutnya, undang-undang tersebut akan dikuatkuasakan dan dimantapkan lagi dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,…










