KUALA LUMPUR 20 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan akan melindungi syarikat yang menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan amalan rasuah. Perdana Menteri berkata, mana-mana pihak yang mendedahkan maklumat mengenai kegiatan tersebut tidak akan diskriminasi. “Saya merayu kepada badan korporat di negara ini untuk membantu kerajaan memerangi gejala rasuah baik dalam sektor awam mahupun swasta. “Perkara ini baik untuk kesejahteraan kita serta anak-anak kita kelak. Oleh itu,…










