KUALA TERENGGANU 23 Sept. – Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain belum pasti dapat menurunkan pemain tengah, Ahmad Syamim Yahya untuk memperkuatkan pasukan bagi aksi suku akhir kedua Piala Malaysia, Sabtu ini ekoran kecederaan lutut. Tahap kecergasan Syamim masih belum memuaskan untuknya dijadikan sandaran dalam perlawanan penting berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin, yang mana kali terakhir pemain itu beraksi ketika menentang PKNS FC di peringkat kumpulan A, awal…










