Bangunan runtuh Filipina: Wisma Putra sahkan seorang rakyat Malaysia meninggal dunia

Bangunan runtuh Filipina: Wisma Putra sahkan seorang rakyat Malaysia meninggal dunia

SEBUAH bangunan dalam pembinaan runtuh di Bandar Angeles semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang warganegara Malaysia meninggal dunia, manakala seorang lagi selamat akibat insiden runtuhan bangunan di Angeles, Filipina, kelmarin.

Menurut Wisma Putra, mangsa yang selamat itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Manila telah memberikan bantuan konsular yang sewajarnya kepada individu berkenaan.

“Kementerian juga dengan penuh dukacita mengesahkan bahawa seorang lagi warganegara Malaysia yang terjejas dalam insiden tersebut telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, waris terdekat telah menerima pemakluman dan Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarga mangsa, termasuk membantu dalam urusan pengendalian jenazah.

Pada masa sama, kementerian merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas berita duka ini.

“Kementerian juga menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa di Filipina atas bantuan serta kerjasama yang diberikan dalam perkara ini.

“Kementerian Luar Negeri juga komited untuk terus memelihara kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN