Sze Fei-Izzuddin teruskan latihan bersama BAM

Sze Fei-Izzuddin teruskan latihan bersama BAM

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani akan meneruskan latihan bersama beregu naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani akan meneruskan latihan bersama beregu naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan fokus utama persediaan Sukan Asia 2026 di Jepun pada tahun ini.

Jurulatih mereka, Teo Kok Siang berkata, sesi latihan bersama para pemain BAM diakui memang banyak membantu meningkatkan kembali prestasi Sze Fei-Izzuddin.

“Saya rasa banyak membantu untuk kami dapat berlatih dengan pemain yang berkualiti tinggi. Saya berterima kasih kepada BAM kerana bagi kami masuk untuk ‘sparring’ dan bermain.

“Rancangan saya adalah untuk teruskan (latihan di sana) bersama mereka,” katanya di Unifi Arena, Bukit Jalil, kelmarin.

Mengulas penampilan Sze Fei-Izzuddin pada Terbuka Singapura, beliau berkata, dia perlu menyelaraskan kembali jadual beregu bimbingannya itu selepas bermain berturut-turut pada separuh akhir dan final.

Jelas beliau, mungkin Sze Fei-Izzuddin akan berasa sedikit letih selepas beraksi dalam dua kejohanan berturut-turut pada Terbuka Thailand, dua minggu lalu dan Malaysia Masters.

Sze Fei-Izzuddin yang diletakkan sebagai pilihan kelapan pada Terbuka Singapura akan membuka aksi menentang pasangan No. 10 dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.

Dengan rekod pertemuan 2-9 tidak berpihak kepada Sze Fei-Izzuddin, Kok Siang berkata, bagi mengelak lawan membaca permainan mereka, beliau dan jurulatih, Ameer Amri Zainuddin berusaha menukar tabiat permainan beregu bimbingannya itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN