KANGAR 3 Sept. – Bekas Ketua Penolong Pengarah E5, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Surina Saad dilantik sebagai Ketua Polis Perlis baharu berkuat kuasa hari ini. Pelantikan tersebut juga mencipta sejarah apabila beliau menjadi wanita pertama yang diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab mengetuai kontijen polis Perlis. Surina, 56, yang juga merupakan anak jati negeri ini menggantikan Datuk Noor Mushar Mohd. yang bersara wajib berkuat-kuasa esok. Majlis serah terima tugas yang berlangsung…










