GUA MUSANG 27 Sept. – Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan treler muatan gas di Kilometer 57, Jalan Musang-Kuala Krai, dekat Paloh 1, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 4.35 petang, Muhamad Zaim Ismail, 24, dari Bandar Permaisuri ,Terengganu bersama isterinya, Siti Rosmini Muhamad, 27, yang duduk di sebelah pemandu tersepit dalam Toyota Hilux dinaiki mereka dan maut di lokasi nahas.…










