TEHRAN 23 Sept. – Iran memaklumkan kapal tangki minyak Stena Impero akan ‘dibebaskan’, dua bulan selepas ia dirampas di Selat Hormuz pada 19 Julai lalu. “Proses undang-undang telah selesai dan syarat membebaskan kapal tangki telah dipenuhi,” kata jurucakap kerajaan Iran, Ali Rabie menerusi sidang media. Beliau bagaimanapun tidak mengesahkan bilakah kapal itu dibenarkan utk belayar. – AFP










