KUALA LUMPUR 28 Sept. – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melantik Dr. Azman Hussin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuat kuasa hari ini. SSM dalam kenyataan berkata, Azman akan memegang tanggungjawab dan tugas tersebut bagi tempoh dua tahun, menggantikan Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner yang bersara wajib hari ini. “Azman merupakan Ketua Pegawai Eksekutif keenam SSM sejak penubuhan syarikat ini pada 2002. “Beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang keusahawanan,…










