KUALA LANGAT – Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan menahan dua tekong darat di sebuah ladang kelapa sawit, Pulau Carey di sini semalam. Kedua-dua suspek itu ditahan bersama 22 PATI Indonesia berusia 20 hingga 28 tahun dalam serbuan pukul 5 pagi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, semasa operasi dijalankan didapati kedua-dua tekong darat yang masing-masing warga tempatan…










