KUALA LUMPUR – Sijil tauliah mengajar agama Islam akan ditarik jika pengajar didapati melanggar mana-mana undang-undang yang ditetapkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. Beliau menegaskan semua pihak termasuk pemegang tauliah mengajar agama perlu menghormati undang-undang serta sensitiviti, kepelbagaian kaum dan bangsa di negara ini. “Ada undang-undang, kena hormat, kita semua terikat. Jangan lupa juga kepelbagaian agama, bangsa kerana kita ada orang Melayu, India,…










