SEMUA pihak perlu akur terhadap titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah agar tidak lagi mencetuskan api kebencian kaum dan agama. Ketika bertitah pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441 Peringkat Negeri Perak di Ipoh semalam, Sultan Nazrin menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan semasa yang disifatkan oleh baginda sebagai amat tidak sihat dan meletakkan negara berada dalam zon bahaya yang mencemaskan. Titah baginda wajar menjadi renungan semua pihak sama ada pemimpin kerajaan…










