KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu melaksanakan penjajaran semula belanjawan negeri dengan memberi tumpuan kepada suntikan insentif ekonomi termasuk mengurangkan perbelanjaan bagi program-program keraian. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah pengubahsuaian itu bertujuan memastikan perbelanjaan kerajaan lebih berfokus kepada usaha merancakkan ekonomi berasaskan sektor keutamaan. “Penjajaran semula ini menjurus kepada pendekatan sector based, iaitu memberi tumpuan kepada sektor yang mempunyai rantaian ekonomi paling luas serta penglibatan rakyat…










