Kerajaan tidak perlu untuk meneliti saranan yang dikemukakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mencadangkan pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bulanan kepada pekerja swasta serta meningkatkan had umur bersara kepada 65 tahun. Melanjutkan umur persaraan bermakna peluang-peluang pekerjaan baharu dalam sektor awam tertutup atau tertangguh. Ini kerana tanpa persaraan, pengambilan pekerja baharu juga terbeku sedangkan peluang-peluang pekerjaan baharu pula terhad. Selain itu peluang kenaikan pangkat dalam kalangan penjawat awam…










