KUALA LUMPUR 4 Sept. – Saksi pendakwaan kelapan, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin tiba-tiba dilihat menjadi sebak ketika membaca pernyataan saksinya. Pada ketika itu, bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menyatakan beliau merasa tertekan sehingga ingin meletakkan jawatan apabila menerima arahan daripada bekas Perdana Menteri terbabit tambahan pula pada waktu tersebut, ketuanya, Ketua Setiausaha Sulit, Datuk Seri Azlin Alias telah meninggal dunia. Emosi Amhari Efendi dilihat agak terganggu…










