KUALA LUMPUR 3 Sept. – Lima pingat emas menjadi sasaran skuad boling padang negara dalam kempen Sukan SEA 2019 biarpun bakal berdepan isu gelanggang perlawanan di Manila bermula 30 November ini. Jurulatih boling padang negara, Zuraidi Puteh berkata, sasaran itu dilihat realistik tambahan pula mereka akan beraksi di gelanggang rumput yang lebih sukar berbanding sintetik. “Banyak perbezaan antara permukaan padang rumput dan sintetik tambahan pula barisan atlet negara memang menjalani…










