PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihatkan orang ramai agar merujuk bacaan rasmi Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan jabatan itu sahaja bagi mengelak sebarang kekeliruan. Mengulas laporan media yang merujuk bacaan Air Quality Index (AQI) yang dikeluarkan AirVisual, JAS berkata bacaan itu menggunakan sensor sahaja. “Justeru, bacaan dianggap tidak tepat berbanding bacaan IPU JAS yang mengambil kira kepekatan partikel halus (Particle Matter) yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah…










