Sejauh mana Aidiladha, ibadah korban menyatukan kita?
Oleh Yulpisman Haji Asli
27 Mei 2026, 7:30 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LEBIH 1.5 juta umat Islam kini berada di Mekah bagi menyahut seruan Ilahi menunaikan ibadah haji. Mereka insan terpilih daripada lebih dua bilion umat Islam di seluruh dunia.
Mereka mengorbankan wang ringgit, meninggalkan segala kesenangan semata-mata untuk menjadi tetamu Sang Pencipta. Haji menyatukan mereka, semua sama di sisi Tuhan. Yang membezakan adalah iman dan amal yang ditunjangi keikhlasan.
Di tanah air pula, jutaan umat Islam menyambut Aidiladha dengan penuh kesyukuran. Mereka turut berkorban dengan melakukan sembelihan. Mereka mampu bersatu, mengetepikan segala macam perbezaan dan kemelut, khususnya politik, untuk menunaikan ibadah tersebut.
Penyatuan umat Islam tidak susah sebenarnya sekiranya kita kembali menjadikan agama sebagai pedoman utama dalam hidup. Meskipun berbeza latar belakang, etnik, hierarki ekonomi juga berbeza, begitu juga fahaman politik, namun sekiranya kehidupan berpandu kepada ajaran agama yang disampaikan Rasul tercinta, semua itu tidak akan mampu memecahbelahkan kita. Hakikat kita adalah sama-sama hamba di sisi Tuhan.
Mengambil kira kondisi dunia dan negara yang berdepan ketidaktentuan, maka sepatutnya umat Islam menghayati sesungguhnya sambutan Aidiladha dan ibadah korban yang dilakukan. Adakah kita mampu mengorbankan keegoan, kesombongan diri, kepentingan peribadi untuk kemajuan ummah dan negara?
Umat Islam kini terlibat salah laku, konflik di mana-mana, berpecah dalam banyak perkara, hingga tidak mengendahkan hak saudara seagama. Padahal kita mengaku umat kepada Rasul yang sama, menyembah Allah yang satu dan beribadah berkiblat ke arah yang sama. Umat Islam itu ibarat sebatang tubuh, maka berdamailah kita.
Hakikat kejadian, umat Islam adalah sebaik-baik umat dan Islam itu rahmatan lil’alamin. Tapi, kita lah yang paling bertelagah, paling salah-menyalah dan terasa terpaling dalam banyak hal.
Justeru, marilah kita kembali menghayati apa yang agama kita ajar dan apa yang Rasul kita sampai dan tunjukkan.
Marilah kita menghayati dengan sebenar-benarnya roh Aidiladha yang kita raikan. Menghayati maksud takbir yang kita laungkan dan ibadah korban yang kita lakukan bersama.
Ingatlah, bila sampai waktunya, kita tetap mengharapkan orang lain untuk mengurus jenazah kita. Kita akan pergi seorang diri dan mengadap-Nya juga seorang diri. Pembela kita hanyalah amal ikhlas yang kita lakukan. Selamat

Hari Raya Aidiladha, maaf zahir batin. – UTUSAN
Yulpisman Asli adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved