KUALA LUMPUR 2 Sept.- Gara-gara terpedaya dengan tawaran membekalkan nasi lemak kepada istana negara, seorang wanita kerugian ribuan ringgit selepas ditipu lelaki yang menyamar sebagai anggota polis. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi pada Jumaat lalu, wanita berusia 59 tahun yang sedang meniaga nasi lemak di Jalan Gajah 14, Kampung Kubu Gajah Dalam di Sungai Buloh dekat sini telah didatangi oleh suspek berpangkat Asisten Superintenden tersebut. Suspek yang mendakwa dirinya…










