KEPALA BATAS 25 Sept. – Sindiket penipuan kenalan Facebook atau Africa Scam tidak mengenal mangsa dengan terbaharu seorang pegawai bank di sini turut jatuh ke dalam perangkap sindiket berkenaan dan mengalami kerugian sebanyak RM12,580. Dalam kejadian awal bulan lalu, mangsa seorang wanita berusia 31 tahun pada mulanya berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook yang mendakwa warga Malaysia yang bekerja di Poland sebagai juruterbang. Ketua Polis Daerah Seberang Perai…










