KOTA BHARU 20 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tetap dengan pendiriannya menyifatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai penyebab royalti minyak masih tidak dibayar kepada mereka. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ini kerana Mesyuarat Majlis Kewangan Negara telah membuat keputusan supaya royalti minyak dibayar kepada negeri ini. Malah beliau berkata, pihaknya difahamkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memberikan arahan kepada kementerian tersebut supaya melunaskannya.…










