PASIR PUTEH 24 Sept. – Pengalaman selama 25 tahun dalam perniagaan ekzos kenderaan membuatkan seorang wanita mengetahui bahagian mana yang mengalami kerosakan dengan hanya mendengar bunyi sahaja. Rohana Yusoff, 48, yang merupakan ibu kepada lima cahaya mata turut mahir membuka ekzos rosak sekaligus melancarkan tugas suami dan para pekerjanya menjalankan tugas. Bukan itu sahaja, kemampuan wanita yang gemar memakai baju kurung menaikkan kereta atau lori ke tempat letak kenderaan khas…










