Seorang lagi puteri sertai keluarga kami - Intan Najuwa umum jantina anak kedua - Utusan Malaysia

Seorang lagi puteri sertai keluarga kami – Intan Najuwa umum jantina anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Intan Najuwa mengumumkan dirinya bakal menimang cahaya mata perempuan sekali lagi tidak lama lagi.

Intan mengumumkan khabar gembira itu menerusi sebuah hantaran di Instagram, selain berkongsi foto momen ketika di majlis ‘Baby Shower’, pada Isnin.

“Seekor rama-rama kecil untuk disayangi selamanya.
Saya rasa saya memang dilahirkan untuk menjadi ibu kepada anak perempuan.

“Seorang lagi puteri kecil bakal menyertai keluarga kami, dan hati saya terasa sangat penuh dengan rasa syukur dan bahagia.

“Saya sentiasa menyukai segala-galanya tentang memiliki anak perempuan seperti barangan kecil yang comel, warna merah jambu, reben, gaun, setiap perincian kecil itu dan kini saya dapat melaluinya sekali lagi,” katanya.

Difahamkan, majlis tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat di sebuah hotel mewah.

Dalam masa sama, Intan berharap kehadiraan cahaya mata kecil itu nanti menjadi penyeri hidup suami tercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman dan puteri sulungnya, Imane Lunara.

“Semoga berjaya, Daddy. Seorang lagi anak perempuan bakal hadir dalam keluarga ini. Lebih ramai versi kecil saya, dan bayi ini dijangka lahir dalam zodiak Leo, sama seperti Mommy.

“Seorang adik perempuan buat Lunara, dan sejujurnya saya tidak boleh menjadi lebih bahagia daripada ini.

“Saya tidak sabar untuk menghias bilik kecilnya, membeli lebih banyak barangan bayi perempuan, dan melihat Lunara menjadi kakak yang paling penyayang,” ujarnya.

Intan dan Azraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara yang berusia setahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN