Ketua ‘Geng Rames’ ditahan dalam perjalanan ke India

Ketua ‘Geng Rames’ ditahan dalam perjalanan ke India

M. KUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua kumpulan ‘Geng Rames’ yang dikehendaki kerana terbabit dalam kegiatan jenayah terancang ditahan pada 22 Mei lalu ketika dalam penerbangan dari Bangkok, Thailand menuju ke Hyderabad, India.

Suspek yang juga dalang dalam aktiviti jenayah jenayah yang aktif di kawasan SG Division, Sungai Petani, Kedah ditahan menerusi Op Tiga oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, suspek ditahan berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Sungai Petani pada 25 Mac lalu.

Katanya, suspek turut mempunyai Notis Merah Interpol yang dikeluarkan pada 24 April lalu.

“Tangkapan dibuat kerana suspek dipercayai menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dan disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan hasil kerjasama pihak berkuasa India dan Thailand sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Katanya, suspek direman sehingga 29 Mei ini dan siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan membunuh membabitkan dua kejadian berasingan di Padang Serai dan Bedong sekitar Februari serta Ogos 2024. –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN