11 didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng RT6

11 didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng RT6

SEBAHAGIAN daripada 11 lelaki yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng RT6 dikawal ketat polis ketika dibawa untuk dituduh di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 11 lelaki berusia antara 22 dan 48 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng RT6.

Mereka ialah Raja Ratanam, K. Sunthreson, C. Vijaya Kumar, N. Nadarajah, T. Raman, R. Vijayan, M. Kumaaran, N. Harichandran, S. Maran, Suwaran Singh and Mohd Atif Mohammad Ali Khan.

Kesemua tertuduh dikawal ketat oleh polis ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng RT6’ di daerah Sentul antara 14 Januari 2020 hingga 27 April 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan pemenjaraan tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh memandangkan kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Hakim Izralizam Sanusi menetapkan 24 Jun ini bagi sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN