KUALA LUMPUR 3 Sept. – Anak syarikat Ri-Yaz Group, Ri-Yaz Assets Co. Ltd. Vietnam dan Ri-Yaz Development Sdn. Bhd. bekerjasama dengan KDI Holdings bagi membangunkan hotel baharu di Vietnam. Pengarah Urusan Ri-Yaz Group, Datuk Seri Shaheen Shah Sidek berkata, hotel jenama Dash di bawah Ri-Yaz Hotels & Resorts iaitu Dash Lux Nha Trang berkonsepkan lima bintang yang mempunyai reka bentuk dan suasana lebih mewah dan glamor. Katanya, hotel berkenaan akan…










