JERANTUT – Sebuah restoran hampir musnah dalam kebakaran di Bangunan Pasdec, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, 50 peratus daripada restoran berkenaan musnah dijilat api. Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Osman Malek berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.49 pagi dan satu jentera bersama enam anggota telah bergegas ke lokasi kejadian. “Jentera tiba tiga minit kemudian kerana lokasi kejadian…










