Dakwaan ketirisan wang: Saya anggap berlaku di planet lain - Sanusi

Dakwaan ketirisan wang: Saya anggap berlaku di planet lain – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dakwaan berlaku ketirisan berkaitan pengurusan kewangan di negeri ini yang dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak relevan dan di luar pengetahuan Kerajaan Negeri Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara berkenaan tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri ketika ini.

“Saya tak faham apa isu yang cuba dibangkitkan dan apa yang dicakapkan walaupun ada menonton video berkenaan.

“Tak ada sangkut paut dengan kita dan saya anggap berlaku di planet lain,” katanya pada Majlis Pelancaran Poster, Teaser dan Trailer filem The Keris, semalam.

Sebelum ini, Sidang DUN Perak dilaporkan kecoh apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad membangkitkan dakwaan ketirisan dalam pengurusan kewangan pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Malah, beliau turut menggesa Muhammad Sanusi meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar susulan dakwaan berkenaan.

Tindakan ADUN itu mencetuskan suasana tegang dalam sidang berkenaan apabila beliau disindir kerana membangkitkan isu melibatkan negeri lain ketika perbahasan DUN Perak sedang berlangsung.

Situasi itu turut dipersoalkan beberapa pihak termasuk pembangkang sendiri yang melihat tindakan berkenaan sebagai pelik, memandangkan isu sama tidak dibangkitkan oleh pembangkang di Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×